[03.06.12]
[4.00am]
Yeay !
sikecik aku dah selamat beranak. 4 ekor anak yang comey belaka.
Alhamdulillah. semua dalam keadaan ok.
Ini pengalaman pertama aku tengok kucing beranak.
seriously rasa sebak.sedih.terkejut.terharu.gembira. semua benda laa nak rasa time ni.
tapi sedih la paling aku rasa sebab tengok keadaan dia yang kepenatan lepas beranak.
letih sangat sikecik. nak bukak mata pun tak mampu.
menitis air mata tengok. tak sampai hati aku nak tatap lama-lama.
bukan apa, aku terfikir. kesian kat dia, dah laa doktor takde, bidan takde.
nak pantang macam mana.
nak sembuhkan rahim dia balik macam mana.
daripada keadaan ni, Allah membuat aku terfikir dan rasa betul kebesaran Allah swt.
Setiap apa yang dirancang oleh Allah adalah yang terbaik untuk hambaNya.
Setiap makhluk ada keistimewaan masing-masing.
mungkin kucing ada cara tersendiri nak sembuhkan diri selepas beranak.
manusia memerlukan bantuan orang lain, tambahan pula zaman sekarang.
macam-macam pantang larangnya.
Tapi, kucing tak payah semua tu. cukuplah ada Allah swt bersama dia.
Daripada Allah swt datangnya sihat dan sakit.
Maka kepada Allah kita bertawakal setelah berusaha sehabis baik.
selain tu, aku pun dapat bayangkan macam mana Mama penat melahirkan aku.
mungkin lebih penat daripada kucing beranak.
tapi aku dapat lihat dan bayangkan keadaan tu serba sedikit.
Selamat datang ke Bumi Allah wahai anak-anak kucing.
notakaki:hubungan sesama makhluk pun kena jaga. semoga kita menjadi makhluk yang bertakwa. amin :)
.jpg)